tomey

sapa yg usha bl0g saya..sambil-sambil 2 bagi hamster saya mkn tau:)

Monday, 4 April 2011

sahabat or musuh

"When There is No Enemy Within,
Enemies Outside Cannot Hurt You..."


"Jika tiada musuh dalam selimut, musuh di luar tidak akan dapat mengapa-apakan kita"

- Apa yang kita faham mengenai definasi musuh? Musuh adalah orang atau sesuatu yang berlawan dengan kita, melawan kita, menentang kita.

- Adakah musuh itu baik? Sudah tentu tidak. Sebab musuh cuma hendakkan kita musnah dan hancur.

- Bagaimana jika ada musuh yang berdekatan dengan kita? Adakah kita akan selamat? Tanya kepada diri sendiri... Sudah tentu tidak! Kita akan sentiasa dalam ketakutan kerana kita tidak tahu siapa musuh kita dan bila dia akan menunjukkan taringnya. 

Jadi, memang jelas, boleh kita katakan jika sesuatu Negara, Organisasi atau Syarikat, BERSATU, tiada musuh dari dalam, maka tiada apa yang dapat menghalang kejayaan mereka.

Begitulah juga dengan diri kita. Musuh yang paling dekat dengan kita terdapat dalam diri kita. Iaitu MINDA kita. Minda yang NEGATIF. Kenapa pula Minda? Dengan minda inilah kita akan merangka pelan. Dengan minda ini lah kita akan mengerakkan tubuh kita untuk mencapai kejayaan. Kuasa minda amat kuat. Ia mampu menggerakkan diri kita untuk melakukan perkara-perkara yang diluar jangkaun fikiran.

Jadikan MINDA kita SAHABAT yang paling akrab dengan berfikir perkara-perkara yang POSITIF, agar kehidupan kita menjadi semakin baik setiap hari.

Bak kata pepatah baru, 
Buangkan yang Negatif, ambil yang Positif...

No comments:

Post a Comment